Selasa, 13 Ogos 2013

21 CARA "POWER" kan PC...!!! O)^o^(O



Apakah caranya supaya anda bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan di samping memiliki desktop PC yang berkuasa tepat dengan selera anda?
1.         Kesesuaian Random Access Memory (RAM)
Pengguna sedia maklum kapasiti RAM menentukan kelancaran desktop anda. Tugasnya yang menjadi perumah penyimpanan sementara apabila desktop berfungsi dan bekerja. Oleh itu, sesuaikan dengan keadaan. Jika anda ingin prestasi lancar untuk ‘kerja berat”, tambah RAM ke slot desktop anda. 2GB mungkin mencukupi untuk kerja-kerja biasa tetapi kini jika dengan 8GB RAM adalah cukup baik dan sesuai untuk prestasi unggul.
2.       Hapuskan spyware
Asasnya, Spyware akan men
gumpul maklumat peribadi anda tanpa kebenaran. Serangan ini berisiko tinggi mendedahkan anda kepada kebocoran maklumat. Selain daripada kebimbangan privasi, spyware turut boleh menjejaskan prestasi komputer anda. Untuk memerangi spyware, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menggunakan imbasan keselamatan PC dari Windows Live OneCare. Imbasan ini adalah perkhidmatan percuma yang membantu menyemak dan membuang virus.
3.       Fail DLL berlebihan
Selepas anda menghapuskan perisian yang pernah dipasang, beberapa jenis fail DLL perlu dihapuskan daripada sistem pemacu. Ia sudah tidak perlu digunakan oleh Windows lagi. Anda perlu ‘membersihkan’ daripada sistem sebelum ia mengambil alih ruangan kosong dan mengisi tempat kosong di RAM anda. Apabila bertambah serius, respons desktop akan perlahan kerana kekurangan RAM.
4.       Laraskan kesan visual
Fungsinya boleh dilumpuhkan jika anda ingin desktop kembali pada skala asal. Anda boleh mengoptimumkan prestasi dengan menukar cara menu dan windows muncul. Selain itu, anda juga boleh membuat pilihan untuk memilih mana yang tidak perlu satu persatu atau pun membiarkan Windows desktop anda melakukannya secara automatik.
5.       Bebaskan ruang pemacu
Aplikasi Disk Cleanup membantu anda untuk membebaskan ruang pada pemacu keras anda untuk meningkatkan prestasi desktop. Ia akan mengenal pasti fail yang anda boleh padam dengan selamat serta kemudiannya turut membolehkan anda untuk memilih sama ada untuk memadam sebahagian atau kesemua fail yang dikenal pasti.
6.       Kad grafik
Mempunyai kad grafik yang baik adalah syarat penting bagi yang gila ‘games’. Perincian yang ditawarkan memberikan pengalaman kelancaran serta benar-benar membantu. Apabila grafik anda tidak bersesuaian, itulah yang menyebabkan visual tersekat-sekat serta desktop ‘hang’. Anda perlu memeriksa keperluan sistem permainan dan mencari kad grafik yang bersesuaian serta memenuhi keperluan sistem.
7.       Laraskan tetapan kuasa
Menukar tetapan yang berkaitan dengan kuasa supaya komputer anda bermula dari tetapan menjimatkan tenaga dengan lebih cekap. Selain itu, sesuaikan penggunaan bateri untuk komputer mudah alih.
8.       Optimumkan Registry
Biasanya apabila desktop anda mengalami beberapa kesilapan atau pun mula tidak lancar, anda perlu optimumkan Registry anda terlebih dahulu. Registry tanpa sedar ditakrifkan memberi impak yang besar kerana mengandungi data yang tidak boleh diabaikan serta parameter pemacu peranti, program perisian dan sistem anda. Selain itu, ia juga mengoperasi sistem boots dan perintah lain.
9.       Melumpuhkan Wireless Internet dan Bluetooth
Jika anda tidak menggunakan internet atau Bluetooth, mempertimbangkan untuk melumpuhkan perkakasan tersebut untuk menjimatkan sumber.
10.   Mengurus program mula (startup)
Beberapa program akan bermula secara automatik apabila anda membuka Windows. Informasi, apabila terlalu banyak program yang dibuka pada masa yang sama ia akan menyebabkan desktop anda bekerja dengan perlahan.  Untuk melumpuhkan program ini daripada permulaan dan meningkatkan prestasi, gunakan Windows Defender.
11.   Bersihkan paparan desktop
Kadang kala sikap terburu-buru membawa padah. Tidak perlu memenuhkan paparan desktop anda dengan ikon pintasan, fail atau dokumen yang dirasakan akan menjimatkan masa. Lupakan sahaja kerana ia menyebabkan desktop anda menggunakan lebih banyak memori dan akhirnya menjadi beban. Memanfaatkan folder ‘My Documents’ dan bersihkan paparan desktop. Anda akan melihat peningkatan dalam prestasi.
12.   Laraskan pilihan pengindeksan
Pilihan pengindeksan boleh membantu anda mencari apa yang anda mahu dengan cepat dan mudah pada desktop anda. Anda boleh mencari dengan lebih efisien apabila memfokuskan carian anda dengan tumpuan kepada fail-fail dan folder yang anda biasa gunakan.
13.   Mengesan dan membaiki ralat cakera
Di samping bertindak dengan melakukan Disk Cleanup dan Disk Defragmenter untuk mengoptimumkan prestasi komputer anda, ada alternatif lain yang turut berkesan menambahkan prestasi dengan boleh menyemak integriti fail yang disimpan pada pemacu keras anda dengan menjalankan utiliti Error Checking. Utiliti Error Checking mengimbas pemacu keras untuk sektor lama dan mengimbas kesilapan sistem fail untuk melihat sama ada fail atau folder tertentu yang tidak kena pada tempatnya.
14.   Kosongkan Recyle Bin
Apabila anda memadamkan sesuatu, ia secara automatik akan terus dibuang ke Recyle Bin. Ada sesetengah pengguna yang terlepas pandang sehingga beribu-ribu fail, folder, imej, video tersimpan di dalamnya. Mungkin di luar jangkaan tapi kapasiti storan turut terjejas. Ambil langkah berjaga-jaga untuk hapuskan langsung fail lapuk yang sudah pasti tidak bermanfaat lagi.
15.   Belajar tentang ReadyBoost
Jika anda menggunakan Windows 7 atau Windows Vista, anda boleh menggunakan ReadyBoost untuk mempercepatkan sistem anda. Satu konsep baru dalam menambah ingatan kepada satu sistem, ia membolehkan anda menggunakan pemacu flash USB atau memori kad untuk meningkatkan prestasi tanpa menambah memori tambahan.
16.   Buang bunyi kejadian
Jika anda melumpuhkan untuk terus menggunakan bunyi ‘kejadian’, operasi desktop anda sekurang-kuranya akan lebih stabil dengan prestasi sedikit lancar dengan kebarangkalian untuk desktop anda ‘hang’ kurang.
17.   Matikan Indeks Perkhidmatan Carian
Aplikasi ringkas perkhidmatan pengindeksan membantu mengelaskan dan mengemas kini senarai semua fail pada komputer. Ia membantu anda untuk melakukan carian untuk sesuatu yang lebih cepat kerana ia mengimbas senarai indeks. Tetapi jika anda tahu di mana fail anda, anda boleh melumpuhkan sistem perkhidmatan ini. Ia tidak akan melakukan sebarang kemudaratan kepada anda sebaliknya mengurangkan bebanan desktop.
18.   Defrag pemacu
Terbaik untuk strategi jangka panjang, Desktop anda akan bekerja pada prestasi puncak, Usah khuatir untuk menjadikan tabiat defrag windows pada pemacu keras anda. Ini akan membantu untuk mendapatkan fail anda yang dianjurkan pada pemacu keras sebenar yang pastinya memberikan kesan positif.
19.   Nyahpasang program tidak berguna
Apabila terlalu banyak program yang dipasang, anda mungkin tidak memerlukannya dalam kehidupan seharian sebenarnya. Jika anda pasti tidak menggunakan perisian dan tidak akan ada sebarang rancangan untuk menggunakannya pada masa hadapan, anda boleh nyahpasang untuk membebaskan ruang pemacu keras dan sumber.
20.   Kosongkan Prefetch cache
Untuk memperbaiki masa yang diperlukan ketika muat turun program, Windows meneka fail yang mungkin diperlukan bersebelahan dan memuatkannya ke dalam kolam atau 'cache'. Padam mana yang tidak perlu. Cache akan cepat diisi semula dengan pautan dan fail Windows yang benar-benar perlu. Hasilnya, sistem anda akan berasa lebih responsif dan mendapat manfaat daripada peningkatan prestasi PC.
21.   Resolusi skrin
Perlu tetapkan resolusi skrin pada tahap 15 bit atau 16 bit untuk kedua-dua kelajuan dan memori penjimatan. Apabila berkeinginan untuk bermain ‘games’ dan lain-lain tugasan khas yang memberikan resolusi yang lebih baik, tetapkan tahap yang lebih tinggi.  


99 Code CMD Di Dalam Windows...!!! [>_]3





Assamualaikum...CMD aper 2..?? 
takper Akmal tunjuk cara penggunaan yer...
Selain Penggunaan di windows dan linux app 
bagi smartphone Android pun ader.. tau..!!

CHECK IT OUT...!!!

Antara code singkat digunakan di dalam Command Prompt (CMD)
CARA-CARA :
1) Buka Run > taip CMD > taip code di bawah, contohnya main.cpl


Mouse Propertiesmain.cpl
Mouse Properties control mouse
Minesweeper Game – winmine
Microsoft Syncronization Tool – mobsync
Microsoft Paint – mspaint
Microsoft Movie Maker – moviemk
Microsoft Chat – winchat
Malicious Software Removal Tool – mrt
Logs You Out Of Windows – logoff
Local Users and Groups – lusrmgr.msc
Local Security Settings – secpol.msc
Keyboard Properties – control keyboard
Internet Properties – inetcpl.cpl
Internet Explorer – iexplore
Internet Connection Wizard – icwconn1
Indexing Service – ciadv.msc
Iexpress Wizard – iexpress
HyperTerminal – hypertrm
Help and Support – helpctr
Hearts Card Game – mshearts
Group Policy Editor (for xp professional) – gpedit.msc
Game Controllers – joy.cpl
Free Cell Card Game – freecell
Fonts Folder – fonts
Fonts – control fontsFolders Properties – control folders
Firefox – firefox
Findfast – findfast.cpl
Files and Settings Transfer Tool – migwiz
File Signature Verification Tool – sigverif
Event Viewer – eventvwr.msc
Driver Verifier Utility – verifier
Dr. Watson System Troubleshooting
Utility – drwtsn32
Display Properties – desk.cpl
Display Properties – control desktop
Disk Partition Manager – diskpart
Disk Management – diskmgmt.msc
Disk Defragment – dfrg.msc
Disk Cleanup Utility – cleanmgr
Direct X Troubleshooter – dxdiag
Device Manager – devmgmt.msc
DDE Shares – ddeshare
Date and Time Properties – timedate.cpl
Control Panel – control
Computer Management – compmgmt.msc
Component Services – dcomcnfg
Command Prompt – cmd
Clipboard Viewer – clipbrd
Check Disk Utility – chkdsk
Character Map – charmap
Certificate Manager – certmgr.msc
Bluetooth Transfer Wizard – fsquirt
Automatic Updates – wuaucpl.cpl
Add/Remove Programs – appwiz.cpl
Add Hardware Wizard – hdwwiz.cpl
Accessibility Wizard – accwiz
Accessibility Controls – access.cpl
Windows Magnifier – magnify
Windows Firewall – firewall.cpl
Windows Explorer – explorer
To check that XP hasn’t any corrupt system files:
Wordpad – write
Windows Address Book Import Utility – wabmig
Windows Version – winver
Windows Address Book – wab
Windows Update Launches – wupdmgr
Utility Manager – utilman
Windows System Security Tool – syskey
User Account Management – nusrmgr.cpl
Windows Messenger – msmsgs
Telnet Client – telnet
Windows Media Player – wmplayer
TCP Tester – tcptest
Windows Management Infrastructure – wmimgmt.msc
Task Manager – taskmgr
System Properties – sysdm.cpl
System Information – msinfo32
System Configuration Utility – msconfig
System Configuration Editor – sysedit
SQL Client Configuration – cliconfg
Spider Solitare Card Game – spider
Sounds and Audio – mmsys.cpl
Shuts Down Windows – shutdown
Shared Folders – fsmgmt.msc
Services – services.msc
Security Center – wscui.cpl
Scheduled Tasks – control schedtasks
Scanners and Cameras – sticpl.cpl
Resultant Set of Policy (for xp professional) – rsop.msc Removable Storage Operator
Requests – ntmsoprq.msc
Removable Storage – ntmsmgr.msc
Remote Desktop – mstsc
Remote Access Phonebook – rasphone
Registry Editor – regedit32
Registry Editor – regedit
Regional Settings – intl.cpl 


Printers Folder – printers
Printers and Faxes – control printers
Power Configuration – powercfg.cpl
Pinball Game – pinball
Phone Dialer – dialer
Phone and Modem Options – telephon.cpl
Performance Monitor – perfmon.msc
Performance Monitor – perfmon
Password Properties – password.cpl
Paint – pbrush
Outlook Express – msimn
On Screen Keyboard – osk
ODBC Data Source Administrator – odbccp32.cpl
Object Packager – packager
Notepad – notepad
Network Setup Wizard – netsetup.cpl
Network Connections – ncpa.cpl
Network Connections – control netconnections
Netmeeting – conf


copyright majalah PC 

Isnin, 1 Julai 2013

DropINone urus pelbagai storan awan dalam satu platform..(@_!)V


Zaman kita ini, storan awan menjadi satu keperluan sejagat. Cuba bayangkan jika dunia tanpa kemudahan yang satu ini, laratkah diri untuk mengusung External Hard Drive ke mana saja kita pergi? Kalau yang tersimpan itu fail seperti ISO sistem operasi, masih munasabah juga. Tapi kalau sekadar gambar, mp3, dan fail-fail 'kecil' yang lain, mungkin kita perlukan alternatif seperti ini.

Kerana itu juga saya pernah 'bising' dengan isu plan internet fiber optik/plan data mobil di Malaysia yang masih terlalu mahal serta agak 'mengelirukan' berbanding negara-negara lain. Bukan hendak kritik membuta-tuli, tetapi ambil contoh satu operator di Malaysia ini yang mengenakan cas berlainan untuk setiap plan. Plan panggilan + SMS = lain bayaran, plan data mobil = lain juga. Gabungan antara keduanya boleh bikin Pak Ngah di kampung pengsan dek terlalu cekik darah jumlahnya.

Perkara ini saling
bersangkut-paut antara satu sama lain. Apabila kita perlukan kepada storan bergerak, iaitu storan awan, bererti kita perlukan kepada internet. Oleh kerana itu saya menyeru kepada para penyedia servis internet dan juga operator telefon di Malaysia, silalah buat plan baharu yang lebih mesra poket pengguna. Ingat, kuasa di tangan pengguna dan bukan semua pengguna kaya-raya seperti anda!

Berbalik kepada
storan awan, kebanyakan dari kita menggunakan lebih dari satu akaun. Selain menjimatkan kos, kita juga dapat menikmati pelbagai faedah dari pelbagai servis storan awan di luar internet sana.

Oleh itu apa yang lebih bermakna dari kemudahan untuk
menguruskan kesemua storan awan ini dalam satu akaun sahaja, tidak begitu? DropInOne merupakan satu perkhidmatan percuma yang menawarkan kemudahan menyelia akaun-akaun storan awan dalam satu platform. Antara storan awan yang disokong ialah Box.com, Dropbox, Google Drive, Skydrive, Sugarsync dan juga AmazonS3.



Servis ini sama seperti CloudKafe. Meskipun senarai sokongannya tidak sebanyak CloudKafe, namun untuk servis yang baru saja memulakan langkahnya, saya kira ia agak bagus dan boleh diperbaiki lagi.

Apa yang saya harapkan ialah ia bakal mempunyai aplikasi untuk sistem Android, iOS dan juga Windows Phone supaya lebih mudah untuk pengguna menguruskan segalanya dihujung jari saja!

Jadi kudos untuk DropInOne! Semoga lebih berjaya di masa hadapan!

Selasa, 25 Jun 2013

O(= ^ =)O MENGAPA LAPTOP BOLEH JADI PANAS..???



Assalamualaikum dan selamat sejahtera..... v(^_^)V
Artikel kali ini akan menerangkan beberapa tips dan penjagaan laptop supaya haba dapat dikurangkan sekurang-kuranya 20%. Segala tips yang dikongsi dalam artikel ini diambil dari pakar-pakar yang telah disahkan dan berpengalaman.
Kenapa Laptop?
Tujuan saya berkongsi tips untuk laptop adalah disebabkan kebanyakkan masalah suhu yang mendadak sering terjadi kepada laptop. Ini terjadi kerana ruang pengaliran haba yang mampat dan memerlukan servis berkala bagi memastikan perfomance laptop anda kekal seperti baru. Jika anda perasan semakin panas sesuatu hardware pc/laptop maka perfomance nya akan semakin menurun.

Saya mengambil simple analogy contoh kereta, cuba anda lihat apa yang akan terjadi jika temperature kereta naik? Pastinya akan menjadi semput dan lama kelamaan akan mati. Jadi konsepnya sama seperti laptop atau perkakasan pc yang lain. Saya tidak menafikan beberapa design, model dan material laptop ada yang bagus dan tidak bagus dari tahap pembebasan haba dari processor dan graphical processor unit (GPU) anda.

Biar saya terangkan antara ciri-ciri laptop yang mempunyai sifat yang bagus dari segi pembebasan haba:-

1) Mempunyai kawasan untuk tembaga dan thermal pad/paste yang banyak di bahagian heatsink laptop anda.
2) Pengaliran udara yang baik dari segi design casing laptop anda.
3) Material casing laptop adalah bukan bersifat plastik yang biasa, kerana apabila material casing laptop diperbuat dari plastik, haba akan terperangkap di dalamnya dan boleh menyebabkan laptop anda akan menjadi lebih panas. Material yang baik adalah mampu untuk menjadikan haba di dalam laptop keluar mengalir melalui casing laptop anda seperti material magnesium. Malah magnesium juga adalah lebih ringan dan nipis tetapi tahan lasak dan ianya juga digunakan pada pembuatan kereta BMW.

 

Antara jenama laptop yang diyakini beberapa model mempunyai beberapa ciri di atas adalah Asus, Lenovo, Sony, Dell dan Toshiba. (Jenama-jenama ini adalah dilihat dari segi pelbagai model yang telah dikeluarkan oleh syarikat ini.)
Selain itu laptop juga boleh menjadi terlalu panas atas beberapa faktor:-

  •  Faktor cuaca dan iklim di Malaysia. Kita boleh lihat jika kita berada di luar negara kadar jangka hayat laptop akan lebih lama berbanding dengan jangka hayat berada di Malaysia. Malahan suhu di sana yang terlalu sejuk dan kadangkala kita tidak memerlukan kipas untuk laptop kita.
  • Laptop yang tidak pernah servis dari mula kita membelinya. Laptop hendaklah diservis sekurang-kurangnya setahun sekali bagi membuang habuk yang terperangkap di dalam laptop dan menyebabkan aliran haba menjadi tidak sistematik akibat dari habuk-habuk yang banyak yang berada pada kipas dan laluan haba.
Bagaimana untuk mengelakkan dari perkara ini berlaku?

  • Kalau boleh pastikan tempat anda bekerja bersama laptop dilengkapi dengan penghawa dingin untuk memastikan suhu laptop kekal dalam keadaan terbaik.
  • Jika tidak mampu untuk bekerja di kawasan yang berpenghawa dingin, anda juga disarankan menggunakan cooler untuk laptop anda. Cooler adalah sesuatu yang dicipta khas bagi pengguna-pengguna yang berada di cuaca yang panas. Di sini saya mencadangkan beberapa jenama yang memang terbukti membantu penyejukan laptop sebanyak 10-15% iaitu brand Cooler Master, Belkin dan Logitech kerana dari segi design pengaliran haba adalah sangat berkualiti dan mampu mengurangkan haba laptop anda.
  • Servis laptop secara berkala juga diperlukan untuk memastikan habuk pada kipas dan laluan haba dibuang dengan baik dan menyebabkan haba dari laptop keluar dengan baik mengikut pengaliran yang bagus. Gantikan thermal pad/paste (grease) pada bahagian processor dan GPU supaya haba dapat dipindahkan dengan lebih efisyen.

Kemudian kita masuk ke bahagian servis perkakasan laptop anda.
Sebenarnya servis laptop bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah haba malah kadangkala iainya juga mampu membaiki beberapa masalah lain yang terjadi pada laptop anda contohnya wireless kurang stabil iaitu kejap ada kejap tak ada, gantikan bateri CMOS yang telah habis dan lain-lain. Kadangkala hardware ini akan mengalami kerenggangan atau kelonggaran seperti kabel dan klip di pada motherboard dan apabila kita servis, secara tak langsung kita akan membaiki perkakasan yang longgar itu tadi dan jika ada modal yang lebih kita mungkin boleh menambah RAM laptop. 

copyright OMG Hacker

Rabu, 29 Mei 2013

Trick Mudah Login Ke Windows 7 Sebagai Administrator(*^*)3



Cara - Cara :
1. Sebelum window ter-boot tekan F8
2. Lalu pilih Repair Your Computer
3. Setelah sudah tampil interface dari Repair your computer , klik open Command Prompt  ,
4. Lalu tulis  '" net user administator / actives;yes"
5. Setelah ada keluar  the command active successfully
6. Lalu tulis "net user administator password anda" ganti  kpda password yg di ingini
7. Lalu tutup Command Prompt
8. Klik Restart Computer

Selasa, 28 Mei 2013

AVG RESCUE CD....UNTUK APE YERK...!!!


Assalamualaikum....... salam reformasi..korang tau ker ape 2 avg Rescue CD..??? 

    




#AVG Rescue Cd merupakan salah satu tools dari AVG yang dapat anda gunakan untuk memperbaiki file hanya dengan sekali klik.AVG Rescue CD biasa di burning di CD/DVD dan selanjutnya dapat anda gunakan untuk melakukan scannning.Nak Cuba?Check this out.


Screenshot:
                                     


Downloads >>>  Klik
credit by www.mrevilsakura.com

Cara Download Video Youtube Melalui Opera Mini Di Handphone...(^_^)V




                                     


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Hari ni aku nak share trick yang tersangat awesome , korang mesti cuba :)
Trick harini cara download video youtube dari handphone anda (^_^)V


Step-step :

1. Pilih Video yang nak di download



2. Padam m. , macam gambar dibawah :



3. Ganti dengan ss dan tekan go , nanti jadi macam ni:





4. dah tekan go , nanti di direct ke website untuk download video 
nye



Main PS1 DI dalam PC...???






Assalamualaikum dan Salam reformasi,kali ni Sya akn ajar bagaimana hendak
bermain ps1 di komputer anda sendiri.Mungkin trick ini sudah ramai yang sudah tahu tapi mungkin ada yang tidak tahu.
Benda yang anda perlukan ialah:
Ps1 Emulator >>Sini
Mula-mula extract file emulator tersebut ke desktop(tempat lain pun boleh)
Selepas extract bukak file yang bernama psxfin.exe



Note:Kalau semasa bukak file exe ade error seperti  begini Syn menyarankan download file missing tersebut di google lantas letak file dll tersebut di file psxfin yang anda download

Kalau
anda sudah klik psxfin.exe,progam tersebut akan menyuruh anda memilih bahasa apa yang anda hendak ambil.
Sya akan memilih bahasa English kerana ia mudah difahami.
Anda akan dapat gambar seperti dibawah:.


Lalu akan keluar gambar seperti dibawah:


  
Selepas itu klik configuration
Kemudia klik tab yang bernama Controllers
Disitu anda boleh mengubah butang disana mengikut kemahuan anda
Kalau sudah mengubah mengikut kemahuan anda
Tekan Apply selepas itu tekan okay
Bagaimana pula hendak bermain game?
Klik File lalu pilih Insert Cd Images.
Di dalam file cdimages ade beberapa games yang tidak best tapi ini hanya lah tutorial jadi kita hanya pakai sahaja yang ada.
Selepas itu psxfin akan mula berfungsi seperti game ps1!!!
Dimana hendak mencari game ps1 yang lain?
Anda boleh mencarinye di google seperti ps1 iso game download
Lalu akan keluar beribu-ribu game akan keluar
Beberapa game yang Sya suka main:
Digimon World 3
Wild Arms 
Vigilante 8

Notepsxfin hanya boleh membaca file tersebut: .img, .cue, .bin , .ccd , .cdz , .iso