Ahad, 21 April 2013

APA ITU UBUNTU...?? (@_@)3



Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka. Hebat bukan? Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Anda boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal,namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini. Bagi syarikat atau sesiapa yang mahukan persekitaran aplikasi yang stabil, anda boleh menggunakan versi Sokongan Jangka Panjang SJP (atau LTS, Long Term Support) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan. Dengan Aplikasi Pemasangan yang mudah, anda hanya perlukan lebih kurang 25 minit sahaja untuk memasang Ubuntu pada komputer anda. Rasailah kehebatan Ubuntu.


 Untuk Pengetahuan???
>> Ubuntu juga boleh dijalankan bersama-sama Windows


Saya telah mencuba beberapa perisian sistem operasi diantaranya windows 98,windows xp, windows vista, linux red hat, dan ubuntu.Saya tidak akan membandingkan linux dengan linux disini dan saya juga tidak begitu gemar membandingkan produk dari syarikat microsoft.


Berdasarkan pengalaman saya yang sedikit dalam penggunaan sistem operasi (OP), saya mendapati ada banyak sebab mengapa anda perlu mencuba sistem operasi ubuntu untuk kompoter anda setidak-tidaknya dengan membuat dual boot bersama windows.Antaranya ialah.

1.Lebih laju.Saya mendapati memproses sesuatu perkara didalam ubuntu lebih laju berbanding dari windows.Kalau dalam windows, komputer yang kita gunakan sering "hang" dan "buat hal, dan kadang-kadang perlu di restart beberapa kali, dalam ubuntu terlalu jarang berlaku perkara sebegitu.Dan jika kita membaca minimun system requirement untuk ubuntu ialah
Ubuntu is available for PC, 64-Bit and Mac architectures. At least 256 MB of RAM is required to run the desktop install CD. Install requires at least 4 GB of disk space.
Sudah tentu aksinya dalan komputer yang lebih bertenaga lebih cemerlang kan?

2.selamat dari virus.Walaupun terdapat antivirus seperti clamav untuk ubuntu, tetapi saya tidak begitu risau akan keselamatan dari virus mahupun trojan, spyware, malware, worms, dot dot seperti dalam windows ..

3.Free.Ya, ini mungkin sebab yang terbesar apalagi pengguna ubuntu mendapat sokongan open source yang menjanjikan software dan update terkini yang free, selamat dan kualiti yang setanding software berbayar. Tidak perlu lagi terus menggunakan windows xp cetak rompak yang selalunya dibayangi oleh masalah keberkatan, menggunakan software yang di "crack" yang (oleh kerana tidak berkat selalu dimasuki virus?) Tidak boleh diupdate, crack yang selalu mengandungi virus dan spyware, perisian berbayar yang cekik darah dan sebagainya.

4.Senang belajar programming.Bagi yang berkenaan, menggunakan linux lebih mendekatkan anda dengan programming tetapi tidak perlu untuk pandai programming barulah boleh menggunakan sistem linux.

5.Masih boleh menggunakan windows di dalam ubuntu menggunakan wine, virtual box, dan sebagainya.

6.Grafik effect yang power.Ubuntu 7.10 telah dilengkapi dengan compiz fusion iaitu software untuk desktop effect yang membolehkan desktop anda beraksi hebat (bagi komputer yang mempunyai grafik card yang laju), 3D desktop, wobbly windows, dan bermacam lagi effect yang mengiurkan seperti ini .

7.Desktop tema dan ikon Yang Senang ditukar-tukar.Jika DALAM tingkap Kita Menggunakan tingkap membutakan, Dalam ubuntu pengubah tema sudah disediakan secara secara lalai dan Kita TIDAK PERLU menginstall perisian sokongan UNTUK Objektif Yang sama.hanya PERLU PRENCARIAN tema Yang disukai di gnome- melihat. org dan memasangnya PADA desktop Kita terindah memasang tema UNTUK telefon bimbit!

JIKA HENDAK TRY MAI LAMAN WEB >>>> http://www.ubuntu.com/download/desktop


0 ulasan:

Catat Ulasan