Rabu, 8 Mei 2013

RAKAM DESKTOP dengan BYTESCOUT SCREEN CAPTURING @_@


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..(^_*)3

  
Apa khabar? Hari ini Akmal ingin kongsikan kepada anda sebuah alat atau perisian yang perlu digunakan oleh anda untuk merakam setiap aksi yang dilakukan pada desktop anda atau lebih dikenali sebagai ‘screencast’. Perisian ini sungguh ringkas tapi memiliki fungsi yang lengkap untuk anda lakukan ‘screencast’. Jika anda seorang blogger,perisian ini mungkin penting bagi anda untuk melakukan tutorial kerana kajian menunjukkan otak manusia lebih mudah untuk mengingati sesuatu perkara sekiranya perkara itu dalam keadaaan tidak pegun. Jika anda bekerja di syarikat jualan,perisian ini juga penting bagi anda untuk melakukan tugasan promosi. Seiring dengan kemajuan teknologi perisian-perisian begini amat penting untuk anda miliki. Lebih-lebih lagi jika anda seorang penuntut di universiti ataupun anda merupakan pelajar yang produktif dan inovatif. Jika orang lain menggunakan Microsoft Office Powepoint,anda bawakan perubahan yang baharu sekaligus mencatatkan nama anda selaku mereka yang celik IT dan berfikiran ke hadapan.

   Kita ketahui serba sedikit tentang perisian ini dalam erti kata lain “sesi pengenalan”. Program Bytescout Screen Capturing ini dibina oleh kumpulan Bytescout yang dianggotai oleh tiga orang hebat. CEO dia ialah Eugne Mironichev  dan selebihnya anda boleh baca [disini]. Seperti yang telah penulis katakan  tadi perisian ini cukup ringkas dari segi antaramukanya,kaedah tetapannya dan cara penggunaaannya. Anda diberi pilihan untuk merakam pada suatu keadaan iaitu Rectangular region,Region around the Mouse dan Full Screen. Selain itu,anda bukan sahaja dapat rekod segala aksi yang dilakukan di atas desktop anda. Malah anda dapat menggunakan fungsi Record with webcam dengan situasi yang sama seperti merakam aksi pada desktop anda. Lupa untuk diberitahu. Jika anda seorang blogger yang membuat tutorial menggunakan perantaraan video,fungsi Record Region around the Mouse amatlah sesuai untuk anda. Di samping itu,anda dapat merekod dalam dua format video iaitu .wmv dan .avi. Setiap pergerakan ‘mouse’ (cursor) akan disertai dengan bulatan berwarna kuning dan jika anda klik sesuatu akan keluar gelombang berwarna biru. Ini akan memudahkan mereka yang menonton video anda fokus pada sesuatu tempat itu. Dalam memiliki kelebihan mesti ada kekurangannya. Kekurangannya ialah tiada fungsi ‘pause’.
Itu sahajalah penerangan dari Akmal tentang perisian ini. Akhir kata selamat mencuba.

KORANG BOLEH LIHAT VIDEO YOUTUBE LINK >>>
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=fujkvtWUVCw

 Beberapa gambar dari desktop Akmal.



2012-12-19 12_20_46-Program Manager2012-12-19 12_21_05-Program Manager


2012-12-19 12_22_08-Bytescout Screen Capturing


Klik [disini] untuk memuat turun.


0 ulasan:

Catat Ulasan